Tuesday, December 8, 2009

sesuatu yang tidak dijangka!!!

pelik...begitulah perasaan aq semasa menyertai pertandingan debat diraja kali ke-13 tahun ini. buat pertama kalinya aq menyertai pertandingan ini terus dapat melayakkan diri kepentas akhir...sesuatu yang tidak dijangka...berikut adalah flow pertandingan itu bermula dan berakhir..

pusingan pertama: UTHM utama 1 Vs UKM utama 2
'Mansuh PPSMI bukan jawapan terbaik'
usul diterima....heheheheh

pusingan kedua: UTHM utama 1 Vs UiTM Utama 2
'pindaan perlembagaan UMNO adalah penawar'
usul diterima....sangat menakutkan!!! lawan KNB masa nie...3x masuk tandas!

pusingan ketiga: UTP muda 1 Vs UTHM Utama 1
'hitam itu menawan'
usul ditolak....perlawanan yg pelik...isu afrika selatan...senak perut!!!tett

pusingan keempat: UM utama 1 Vs UTHM utama 1
'Perkhidmatan penjagaan kesihatan di Malaysia mwmuaskan'
usul ditolak.... nasib baik, teruk kami dibelasah Azrie Zahir..huh!!

pusingan kelima: UTP utama 1 Vs UTHM utama 1
'Bioteknologi menjana ekonomi negara'
usul ditolak....sangat tak sangka...UTP sangat kuat!!! basah baju lawan ngan
mereka...Junny d best!!!

pusingan keenam: UTHM utama 1 Vs UIAM utama 1
'Bank dunia perlu diwujudkan'
usul ditolak....UIA nie sangat dewa!!! ranap kes kami oleh Husnah!!! dia
memang hebat.

pusingan kalah mati

Suku Akhir: UTHM Vs UiTM
'Bajet 2010 membebankan rakyat'
usul diterima

Separuh Akhir: USM Vs UTHM
'OIC perlu matawang sendiri'
usul ditolak

Akhir: UKM Vs UTHM
'pembinaan negara bangsa lebih penting'
usul diterima

UTHM Naib Johan!!!
hehehehe

Tuesday, October 27, 2009

Krisis Air

lama tak buak blog aq nie...k la nie maklumat yang sya rasa perlu utk dikongsi bersama...


KRISIS AIR

Penganalisis meramalkan air mungkin menggantikan minyak sebagai punca ketegangan politik dunia pada abad ke-21. Justeru, punca berlaku krisis air memerlukan penyelesaian segera, terutama dari segi pencemaran air sungai dan kerosakan serta kemusnahan alam sekitar.
Menyedari masalah air global yang semakin meruncing, satu persidangan dua hari mengenai air berlangsung di Malaysia penghujung 2008. Persidangan Air Asia-Pasifik 2008 (APRWC) yang pertama itu dianjurkan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS) dan Persatuan Air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya (Swan).
Dengan tema "A Shared Future in Water", persidangan itu dihadiri sebilangan besar pakar dari Amerika Syarikat, Russia, Jerman, Singapura, Indonesia, Denmark, India serta Malaysia.

RANTAU ASIA-PASIFIK

Seorang daripada pembentang kertas kerja di APRWC 2008, Prof Torkil Jonch Clausen, Pengarah Urusan DHI Water Policy (Denmark) memberi pandangan bernas melalui kertas kerja bertajuk "Water Resources Management in the Asia-Pacific Region: Challenges and New Approaches."
Menurut Prof Clausen, rantau Asia-Pasifik sedang menghadapi cabaran krisis air yang serius berkaitan dengan tenaga, makanan serta alam sekitar, berpunca daripada pertumbuhan penduduk dan ekonomi. "Dengan kadar pertumbuhan tahunan 5-8 peratus dalam penggunaan kuasa elektrik baik untuk keperluan rumah dan industri, dengan fokus baru pengeluaran bahan bakar bio serta peningkatan pengeluaran kuasa air sebagai satu cara penyelesaian, apa yang diperlukan untuk menampung perkembangan ini ialah tambahan pelaburan untuk infrastrukur dan pengurusan air," katanya. Berhujah menyampaikan kertas kerjanya, beliau berkata cabaran utama juga adalah untuk mengurangkan kebuluran dalam kalangan penduduk miskin rantau berkenaan.

TEKANAN BERTAMBAH

Menurut Prof Clausen, dengan pertumbuhan ekonomi dan keperluan kebajikan sebahagian besar penduduk rantau Asia-pasifik, perubahan terhadap keperluan penggunaan air turut menekankan keperluan air bagi tujuan pertanian. Beliau turut mempersoal sama ada peningkatan tekanan terhadap sumber air rantau itu yang semakin meruncing mampu mempertahan sistem ekologi yang menjadi tempat pergantungan kepelbagaian biologi serta punca kehidupan berjuta-juta penduduk miskin.
Menurut beliau lagi, sebarang usaha melindungi alam sekitar memerlukan pelaburan besar-besaran untuk rawatan air sisa serta pengurangan pencemaran, di samping penyelenggaraan aliran air ke sistem ekologi hiliran. Prof Clausen menekankan antara cabaran air termasuk penyesuaian kepada impak perubahan cuaca, memerlukan bukan sahaja pengurusan air sebagai satu barangan keperluan asas, untuk semua sektor ekonomi tetapi juga dialog dengan semua pihak yang berkepentingan.
"Pertukaran daripada amalan tradisi pengurusan air yang berpecah-pecah kepada pendekatan yang lebih holistik dan membabitkan pelbagai disiplin amat diperlukan, bukan sahaja daripada segi teori tetapi mesti dipraktikkan," tegasnya.

SITUASI DALAM NEGARA

Di Malaysia, kerajaan pusat dan kerajaan-kerajaan negeri memikul tugas berat untuk menjamin kesejahteraan dan kelestarian sumber air negara. Industri air Malaysia berdepan dengan pelbagai krisis besar dalam tempoh 15 tahun lalu. Bermula dengan krisis air di Melaka pada 1990, krisis yang sama menimpa penduduk Selangor lapan tahun kemudian. Bagi mereka yang sudah mengharungi pahit-getir hidup tanpa bekalan air, igauan buruk ini sudah tentunya diharapkan tidak akan berulang.
Sebarang krisis air sudah tentu akan meninggalkan kesan mendalam kepada pembangunan sesebuah negara dan kerajaan Malaysia pantas bertindak dengan melaksanakan beberapa langkah. Langkah itu termasuk menyusun semula industri perkhidmatan air serta mewujudkan Pelan Induk Pembangunan Sumber Air di Semenanjung Malaysia 2000-2050.
Di bawah Rancangan Malaysia ke-9 (2006-2010), sejumlah RM16.54 bilion diperuntuk bagi pembangunan bekalan air, sistem pembetungan, bekalan air untuk kawasan desa serta projek tebatan banjir. Sektor bekalan air memperoleh peruntukan besar daripada keseluruhan peruntukan berkenaan iaitu RM8.20 bilion berbanding RM3.88 bilion yang diperuntuk bagi Rancangan Malaysia ke-8 (2001-2005).

PENGGUNAAN YANG LESTARI


"Air sudah semestinya sumber yang paling mudah dilanda kekurangan di muka bumi ini dan dalam era pembangunan pesat, keperluan untuk mempunyai air yang bersih dan selamat semakin mendesak berbanding sebelumnya. "Keadaan ini menyebabkan bekalan air minuman untuk kedua-dua pengguna rumah kediaman dan industri kini bukan semata-mata sebagai satu keperluan tetapi komoditi," komen Piarapakaran Subramaniam, Pengurus Bahagian Alam Sekitar, Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca). Beliau turut menyatakan bahawa industri air di Malaysia sedang melalui proses peralihan besar ke arah menjadi organisasi bertaraf dunia.
"Isu kualiti, keterbukaan, keberkesanan dan isu yang berkaitan dengan pengguna semakin diperkata sekarang. Perubahan dan penyesuaian ini adalah untuk kebaikan pengguna Malaysia juga," katanya. Bagaimanapun, beliau berkata, sebagai contoh untuk memastikan integriti dari segi kualiti air, pengambilan contoh air secara rawak dari lokasi pengguna secara rawak juga perlu dilakukan. "Pada masa ini, pengambilan contoh air untuk melihat kualitinya dibuat di lokasi-lokasi pengutipan yang sudah ditetapkan. Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) menerima pertambahan 51.4 peratus aduan daripada 382 aduan pada 2006 kepada 546 aduan pada 2007. "Sekiranya kualiti perkhidmatan bagus sudah tentu kita tidak akan menerima sebarang aduan," katanya. Piarapakaran berkata pengguna juga perlu segera memainkan peranan untuk mengamalkan penggunaan air yang lestari meskipun harga air pada amnya lebih murah pada masa ini. Dalam masa yang sama, beliau berkata pengguna juga perlu mengambil inisiatif untuk membuat alternatif, sebagai contoh mengumpul air hujan yang boleh digunakan bagi menyiram pokok serta kegunaan bukan untuk minuman.

Saturday, July 11, 2009

If I were you, I will structure my report in this way

Journal/Proceeding Format

Abstract
• Reestablish my research topic (what is the motivation behind)
• What is my objective (what is the proposed solution)
• How did I run this project (methodology)
• What is the main findings (result)
• Brief conclusion

Introduction
• What is current scenario/phenomenon in this research (broad)
• Restatement of the problem statement (motivation)
• What is the proposed solution
• What is the important of this project

Literature Reviews/Related works
• What is current trend in this research areas
• Is there any previous related researcher finding in this area? Discuss it
• Critical analysis on the previous work
• Solution formulation based on the previous related works.

Methodology
(i)
• I will present it in any “drawing” scheme (flow chart, chart, table, diagram, mapping etc)
• I will explain the figure in details
• I will also state the equipment that I have been used

Results and Discussion
• I will discuss in details all the findings.
• I will check the achievement with the research objectives, is it succeed or partial succeeded or what?
• I will also discussed if there any failure(s) – why does it happened and how to improve?

Conclusion
• I will write it very brief based on the objectives

Acknowledgement
• I will express my thanks for those help me along the way – supervisor, mentor, technician etc

References
• I will check in detail how to write, because there are different ways for books, journal paper, proceeding paper, technical report, website etc!

Friday, June 26, 2009

Ke Arah Reka Bentuk Beridentitikan Malaysia

Pada ketika sejarah Malaysia mencabar bahasa, bangsa, budaya dan agama, rakyatnya meraba-raba identiti sehingga menjadi prasarana dalam sesebuah perjuangan. Inilah yang dikatakan bahawa identiti sesebuah negara memang kerap kali diperkatakan dan kadangkala menjadi suatu topik yang kontroversi untuk dibicarakan. Rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum dan keturunan dengan fahaman dan agama yang berlainan, bahasa pertuturan, amalan gaya hidup dan adat resam yang pelbagai dan berbeza-beza memang tidak dapat lari daripada kearah pembentukan identiti negara ini.

Secara amnya, kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian rakyat Malaysia harus dipupuk dan disemai dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan penggembelengan dan penglibatan daripada semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan dan berkekalan.

Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi agar dapat melahirkan gaya hidup yang beridentitikan Bangsa Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang terpuji, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan(imuniti) negara. Disebabkan perbezaan pelbagai kaum dan atas dasar mengelakkan perpecahan kaum tetapi kearah penyatuan seni dan budaya, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1971. Dasar ini merupakan satu asas untuk mentafsirkan identiti dalam konteks yang boleh diterima pakai oleh semua rakyat di Malaysia. Terdapat tiga prinsip utama dasar ini iaitu:



i. Berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini.

ii. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima.

iii. Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.

Namun begitu, seharusnya rakyat Malaysia perlu membuka minda mereka bahawa penjajahan masih lagi berlaku di sekeliling kita samada secara langsung atau tidak langsung. Sebagai contohnya, setiap hari samada kita sedar atau tidak, kita didedahkan dengan budaya asing melalui filem-filem yang diperlihatkan melalui kaca televisyen. Walaupun filem-filem asing ini ditayangkan semata-mata untuk memberi hiburan kepada para penonton tetapi pada hakikatnya tayangan tersebut memberi kesan kepada cara hidup atau budaya kita untuk jangka masa panjang amatlah membimbangkan.

Sebenarnya filem-filem asing ini, telah lama bertapak dan sejak itulah ia telah banyak mencorakkan kehidupan masyarakat di negara kita ini secara tidak langsung. Walaupun budaya Barat yang diamalkan oleh negara seperti England dan Amerika Syarikat itu adalah terletak beribu-ribu kilometer jauhnya dari negara kita tetapi dengan kecanggihan teknologi dan kepintaran manusia rakus, kita dapat merasakan kehangatan budaya asing berada tersangat hampir dengan kita, malah lebih dekat dari rumah jiran kita. Andainya kita lebih mengenali dengan cara hidup keluarga Brad Pitt, tetapi mungkin kita tidak tahu bagaimana cara hidup keluarga Ali atau keluarga Ah Chong atau keluarga Samy yang hanya tinggal di sebelah rumah kita. Kalaulah keluarga Brad Pit datang berkunjung ke rumah kita tentulah mereka tidak begitu menghadapi banyak masalah, kerana kita faham cara hidupnya, pantang larangnya dan kegemarannya. Tetapi jika salah seorang dari keluarga Samy datang bermalam di rumah kita, saya percaya dia akan berasa kecewa dan tersinggung apabila melangkah keluar dari rumah kita disebabkan kejahilan kita tentang adat dan pantang larang yang diamalkannya.

Berbalik kepada natijah pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan, seharusnya seluruh rakyat Malaysia memahami akan tertubuhnya dasar ini pada awalnya. Objektifnya penubuhan dasar ini ialah untuk membentuk, mewujudkan dan mengekalkan identiti negara yang unik serta menjadi saluran untuk mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan. Sesungguhnya, walaupun di atas kertas usaha-usaha kearah kebudayaan beridentiti Malaysia begitu kemas dicatat dan dibukukan, namun semuanya terletak pada setiap rakyat Malaysia untuk memanfaatkannya.

Walaupun telah banyak langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan seperti memperkenalkan ideologi kebangsaan menerusi Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan membetulkan ketidakseimbangan ekonomi yang wujud di antara kaum, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan sebagainya. Hanya individu yang mempunyai semangat patriotisme yang sayang akan negara mengerti disebalik langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak kerajaan ini. Tidak seharusnya walaupun kita berada di dalam era yang globalisasi ini, warisan budaya nenek moyang kita terdahulu dilupakan sewenang-wenangnya akibat terpegaruh dengan budaya lain sehingga ada di antara kita berasa malu untuk mengaku budaya warisan kita sebagai rakyat Bangsa Malaysia.

Tidak dilupakan bahawa antara identiti bangsa Malaysia yang seharusnya dibanggakan dan diagungkan ialah Bahasa Kebangsaan kita iaitu Bahasa Malaysia. Semua bangsa di dunia ini telah dianugerahkan oleh tuhan dengan keupayaan untuk berfikir dan mencari ilmu dan pengetahuan dalam bahasanya sendiri. Seandainya bangsa itu tidak maju, maka puncanya bukanlah terletak pada bahasanya tetapi pada ketidakupayaan bangsa itu untuk mencipta atau mengembangkan ilmu menggunakan bahasa bangsa tersebut. Sebagai generasi yang akan meneruskan pembinaan sebuah tamadun yang akan dikenali sebagai Tamadun Malaysia, kita perlulah memahami bahawa tamadun ini hanya akan dibentuk oleh bangsa kita, melalui pengalaman bersama bahasa asal yang dianggotai oleh bangsa itu. Tidak ada lagi dalam sejarah sebuah tamadun yang kesusasteraannya, seni, muzik, sains, nilai sosial dan politiknya dibentuk oleh sebuah bangsa yang menggunakan bahasa asing, bahasa rojak atau bahasa yang dicampuradukkan.

Proses penciptaan tamadun yang sekali gus melambangkan pemikiran dan pandangan hidup bangsa yang menciptakan tamadun itu hanya terjadi melalui bahasa asal dan dalam konteks bangsa Malaysia, sudah tentulah bahasa Malaysia. Kita harus sedar bahawa budaya barat merupakan hegemoni barat semata-mata yang berunsurkan penjajahan baru yang menjadi semakin sukar ditangkis, bahkan terpaksa diterima bagi survival. Namum, penerimaan kita seharusnya secara bijaksana dan terpilih dan penyesuaian agar dengan cara sedemikian kita dapat menyelamatkan identiti Negara, budaya dan bangsa kita. Adalah penting agar identiti negara kita dipertahankan demi generasi yang akan datang dan berkekalan.

Sehingga kini, kita bersyukur kerana masih ada lagi usaha-usaha kearah mengekalkan nilai budaya warisan rakyat Malaysia seperti penerapan identiti Malaysia dalam reka bentuk seperti yang boleh dilihat pada bangunan, pintu gerbang, arca, tiang lampu, barangan pengguna serta barangan kraf. Contohnya, berilhamkan tongkolok, bangunan Perpustakaan Negara yang terletak di Jalan Tun Razak menampakkan identiti bangsa Malaysia. Bagaimanapun, dalam konteks reka bentuk produk yang membabitkan pengeluaran massa seringkali dipinggirkan demi mengaut keuntungan semata-mata tanpa mengambil kira nilai estetika yang dapat dipamerkan pada reka bentuk sesuatu produk. Seharusnya, mereka yang rakus mengaut kuntungan sedar bahawa Malaysia mempunyai gaya dan acuannya yang tersendiri seperti yang terdapat dalam Wawasan 2020. Sebagai rakyat yang mempunyai semangat jihad dan patriotisme dalam pembangunan negara, tidaklah sukar untuk mengangkat martabat negara ke peringkat yang lebih tinggi. Ini secara tidak langsung menyerlahkan keperibadian Malaysia serta dapat menimbulkan kecintaan dan kesetiaan kepada negara Malaysia.

Dapat disimpulkan disini bahawa penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu bagi negara Malaysia yang sedang membangun dan mempunyai rakyat yang berbilang kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza. Dasar ini merupakan garis panduan dalam usaha untuk membentuk satu bangsa Malaysia yang bersatu-padu serta mengekalkan identiti negara dikalangan dunia antarabangsa. Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa perlaksaannya adalah rumit dan tidak dapat dikecapi dalam masa yang singkat. Setiap bangsa Malaysia perlu memainkan peranan dalam meningkatkan kesedaran dan kesefahaman kearah perlaksaan dasar ini.

Satu kerugian yang tidak ternilai harganya akibat dari pengaruh asing ini ialah kita kehilangan identiti bangsa. Budaya yang kita agungkan selama ini adalah budaya celupan dari Barat, samada mahu atau tidak kita terpaksa mengongkong diri kita kepada budaya tersebut. Akhirnya apa sahaja yang datang dari Barat akan kita terima tanpa memikirkan lagi samada ia bertentangan dengan adat dan agama kita. Sehinggakan telah tertanam suatu anggapan dalam kalangan kita, sesiapa yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan cara hidup orang-orang Barat maka ketinggalan zaman, kolot dan tidak moden. Sebenarnya angapan seperti inilah yang menjadikan kita suatu bangsa yang tiada mempunyai pendirian dan sentiasa berasa rendah diri.

Thursday, June 25, 2009

Kisah Rakanku...

Hari ini adalah kali pertama aku menjejakkan kaki ke pertandingan bola tampar antara pasukan askar darat seluruh negara. Mereka sangat bertenaga dan bersemangat. Dalam masa yang sama aku nak kongsi cerita yang sedikit mencuit hati...heheheheh. Kisahnya bermula apabila kawan aku Kim (bukan nama sebenar) memperkenalkan anggota baru dalam kumpulan kami kepada seorang daripada pemain bola tampar universiti. Huzmah namanya. Kim bertanyakan pendapat Huzmah akan ahli baru dalam pasukan kami itu... cantik ataupun tidak... Dengan spontan Huzmah tu memberikan komen yang sangat mengejutkan... dia kata "cantik juga la.." Memang diluar jangkaan... Orang pertama yang mengatakan ahli baru itu sebagai "cantik"adalah Huzmah!!!... Maknanya apa? HUZMAH SUKA KAT SYR**!!!!!!!!!!!!! Hahahahahahaha... Akhirnya berjaya juga dijual!!!

Wednesday, June 24, 2009

Debat..debat...debat!!!!!

Entahlah... hidup nie kalo tak da debat, kosong tak bermaya. Baru sahaja tadi kawan aku kata "penutur yang hebat adalah penipu yang berkesan". Mungkin betul, mungkin juga tidak... terletak kepada siapa yang mendengarnya. Bagi aku, ada juga betulnya. Semakin banyak cakap, makin cenderung penipuan berlaku. Moga Allah mengampunkan segala dosa yang aku lakukan. Tapi, arena debat mengajar aku untuk berfikir dengan lebih kritikal. Cara aku berfikir sebelum dan selepas mengikuti debat sangat berbeza. Aku rasa semakin rasional.

Perkara yang paling bermakna dalam hidup ini apabila arena debat dapat memecahkan kepompong pemikiran yang sempit dan selalu merasakan diri ini betul. Aku semakin dapat menerima pendapat orang lain dan dapat menyelami peringkat pemikiran manusia yang berbeza-beza. Namun, pemikiran yang berbeza dapat disatukan pula melalui debat. Hebat kan debat nie... ia mengajar aku untuk lebih bertoleransi dengan masyarakat sekeliling dan mendahulukan sesuatu yang lebih penting mengikut tuntutan semasa. Debat mengajar aku untuk bersatupadu.Kerja berkumpulan sangat dititikberatkan. Walaupun falsafah pemikiran berbeza namun keperluan mesti didahulukan berbanding kehendak. Bagi aku, semua ini tidak akan ada tanpa kewujudan dunia yang dikenali sebagai DEBAT. Aku cinta DEBAT.

Buat Pertama Kalinya...

Jikalau dahulu..
Aku lebih gemar memendamnya di dalam hati...TIDAK SUKA berkongsi
takut disalah ertikan hati yang sepi

Jikalau dahulu..
Aku berlagak seperti tiada apa yg berlaku...diriku...TIDAK SUKA ditegur
Anggap sahaja sumannya betul

Hati ini terlalu keras menerima sebarang perubahan
Setiap detik langkahku
Diputuskan atas rasional diri yang ego
Kononnya
Segala kesilapan yang menyakitkan ku
Tidak akan menjejaskan seantero hati tisu diam membisu...

Kenapa perlu diam? kirannya diri...
Punyai aras pemahaman yang lebih konkrit
Benar berbanding aku yang degil
Maknanya apa? Perlu untuk berubah!!!!!
Namun,
Detik nadi ini
Buat partama kalinya
Berhenti seperti masa takkan berlalu pergi
Tiba-tiba
Ia berterusan untuk melihat setiap saat yang DITINGGALKAN

Kini ku sedar...
Aku bukan SENDIRI...
Pasti ada yang melihatku... bergelut dengan ilusi
Bergelumangan dengan perasaan
Yang semakin kabur
Kumohon ada yang sudi menyambut

Tangan kotor dihulur
Menanti Hati Bersih mencuci
Luhur hati manusia
Yang tidak pernah puas....
Harap berakhir
Jelas tersimpul DITALI-NYA.