Wednesday, February 10, 2010

Bersama VISION CONSULTANT

Lebih kurang 2 hari selepas tarikh pengumuman para calon MPP yang layak menerajui kampus UTHM, saya bersama rakan-rakan yang memenangi PRK tersebut dijemput oleh pihak Penyelaras MPP UTHM menghadirkan diri dalam program yang diacarakan oleh VISION CONSULTANT

Tidak dijelaskan pula latarbelakang "consultant" tersebut kepada kami, kemungkinan ada pihak yang sudah biasa dengan acara mereka, maka mereka pun menyerlahkan sifat 'sebulu' bersama 'consultant' tersebut. Buktinya, semasa pengacara ingin memperkenalkan teknik senyuman kepada kami, beliau bertanya satu soalan yang bagi pihak saya agak pelik..."kan hari itu kita dah buat kat SEGAMAT" kata beliau. Peringkat saya sendiri, menafikan kenyataan beliau kerana ia benar-benar tidak pernah berlaku. Maknanya, ada calon-calon lain yang sudah pernah bersama "VISION CONSULTANT". Motif yang terang lagi bersuluh. Apapun motif tersebut, ukhuwah sesama kita itu penting. Pak Tam pernah menyebut "..yang salah tetap salah, betul tetap betul.." namun jenis tindakan terhadap sesuatu yang salah ataupun yang betul, tidak pernah dijelaskan oleh pihak 'consultant' ini. Mahasiswa intelek, fikirkanlah. Semua itu retorik semata-mata.

Tidak dapat dinafikan juga, pihak ketiga ini memberi ruang dimensi yang mampu menyatupadukan kami semua. Dalam setiap aktiviti yang dijalankan memberi impak psikologi yang amat mendalam. Melalui pengamatan saya, selaku pemimpin, mereka menekankan keanjalan menumpu, sistem manusia, dan sifat-sifat pemangkin perlu ada didalam sesuatu organisasi. Lebih-lebih lagi MPP. Toleransi dan autokrasi itu penting untuk memastikan setiap perancangan berjalan dengan lancar. Sebagai pemudah cara, kerangka masa perlu diselaraskan agar idea yang dicetuskan sebelumnya terlaksana dengan baik. Beberapa perkara juga diingatkan, seperti elakkan sifat menangguh kerja, teori semata, dan catatan perlu sentiasa dilaksana. Selaku pemimpin juga orang yang dipimpin, kita perlu sedar posisi dan situasi kita agar tidak berlaku sebarang sangsi pada diri dan komuniti kampus. Maka, dalam setiap tindakan amalan 'GETS' [Greating, Excuse, Thanks, Smile] amat dititikberatkan agar masyarakat menyenangi sikap dan polisi yang kita laksanakan. Di akhir acara, pesan mereka kepada kami, selaku pemimpin juga orang yang dipimpin, adalah satu kewajaran untuk kita melaksanakan teori berdasarkan pengalaman lepas. Lalu, ia mengingatkan saya kepada pesanan Tun DR Mahathir semasa kursus "I'm A Real Leader" di Putera Jaya 2 Tahun lalu. Beliau berkata.."belajarlah dari sejarah ketamadunan manusia yang lepas, agar kamu dapat melihat pola pemikiran manusia dalam bermasyarakat...". Walaubagaimanapun, bagi saya, ini baru pada tahap teori semata-mata. Praktikal atupun tidak, ia terletak kepada kekuatan mentaliti seseorang pemimpin. Wallahualam...

0 comments:

Post a Comment