Tuesday, June 29, 2010

PENEMUAN DAN REKA CIPTA

Perubatan

1) Kelalang Tanah Liat

Alat ini disebut oleh Abu Bakar al-Razi secara khususnya tentang pembuatan ubat-ubat.

1) Alat Pengukur Jumlah Darah

Dua alat ini digunakan untuk mengukur jumlah darah yang keluar dengan berbekam. Model ini dihasilakn berdasarkan keterangan dan bentuk yang terdapat dalam kitab al-Jazari sekitar tahun 120 Masihi.

2) Alembic Berkembar

Alembic berkembar ini kekal terpelihara dalam terjemahan bahasa latin bagi kitab al-Asrar dalam bidang kimia, tulisan Abu Bakar al-Razi.

3) Peralatan Penyulingan Air Mawar. Huraian tentang peralatan penyulingan air mawar yang tersebar secara meluas di dunia Islam terdapat dalam Kitab al-Tafsir yang ditulis oleh ahli perubatan ternama, Abu al-Qasim al-Zahrawi




Matematik, Seni & Arkitek

1) Jam Mekanikal

Jam mekanikal ini dicipta oleh Taqiyyuddin, ahli astronomi di Istanbul pada tahun 966H. Model ini dihasilkan berdasarkan bentuk dan keterangan Taqiyyuddin dalam kitabnya tentang jam.

2) Jam Air yang menunjukkan Minit

Huraian untuk mengukur hitungan minit, iaitu “ukuran jam dan waktunya” terdapat dalam buku al-Khazini yang ditulis pada tahun 515H./1121M. Timbangan air berkurangan yang keluar dari salah satu penimbang jam dikira sebagai ukuran bagi waktu yang berlalu. Hitungan ini dapat dibaca menerusi tuil pada neraca yang bertentangan.

3) Jam Air oleh al-Jazari

Jam air ini merupakan alat yang digerakkan oleh kuasa air, dan ia kemudian menggerakkan pena di atas plat berbentuk bulat di bahagian dalam bejana.


4) Alat untuk Pembahagian Bulatan

Al-Biruni menyatakan bahawa pembinaan instrument ini sperti yan berikut:

“Ia mengandungi sebuah gelang Loyang dengan satu diameter yang bersamaan dengan diameter terbesar cakera astrolab.”

5) Instrumen Pelarasan oleh al-Marrakushi

Ini merupakan alat pelarasan pertama yang dinyatakn oleh Abu ‘Ali al-Hasan bin ‘Ali al-Marrakushi (m.d. sekitar tahun 660-680H./1260- 1280M.)

0 comments:

Post a Comment